DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
Alahai, hujan laaagiiii
Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
Payah nak buat apa2 kalau hujan
Tak boleh balik lagi, hujan!
Alahai, hujan laaagiiii
Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
Payah nak buat apa2 kalau hujan
Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :
أَللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
(Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?"
Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
PS : artikel diambil dan diedit dr iLuvislam.com.




No comments:
Post a Comment