salam alaik...
xmampu lagi membendung nafsu untuk menjengah ke dunia maya. 3 hari sudah cukup menyiksakan dengan status internet yang amat menyedihkan di bilik. terpaksa gagahkan diri ke library utk mengembalikan kondisi internet yang membanggakan seperti di rumah.tiba2 mood yang excited bertukar kelabu asap. semuanya gara2 manusia ini.......

sibusuk...aku benci kau
sekumpulan lelaki berpakaian uniform oren hitam masuk ke dlm library. aku xkesah. mereka kelihatan muda dan segak. juga aku xkesah. mereka tersenyum simpul tanda berbahasa.aku masih xkesah. mereka datang menghampiri komputer yang perlu dibaiki dibelakang mejaku . perlukah aku kesah. jarak yang tidak berapa jauh itu telah memberi peluang kpd aku utk menghidu satu bau yang paling aku benci sepanjang hidup di dunia. ia sgtlah busuk mengalahkan bau kentut atau bau ketiak yang berpeluh. aku sgt sensitif dan kesah terhadap bau itu. ia adalah bau asap rokok. sakitnya hati bila terpaksa menghidu bau itu. oh mereka mmg tidak merokok di dlm library tp mereka merokok sblm mereka berada di dlm library. bau itu sgtlah kuat dan kufikir ia melekat di uniform mereka. putus semua mood utk melepas rindu kpd dunia maya.
terasa seolah2 udara sgt tercemar ditambah pula berada dalam ruang yang tertutup berbekalkan udara dingin yang keluar daripada jenama YORK. tangan terasa sejuk tapi hati sgt mendidih sewaktu menaip entry yang tidak dirancang sejak setengah jam yang lalu. aku benci manusia yang tidak menghargai nikmat sihat tubuh badan yang dianugerahkan tuhan kepada semua makhluknya. aku xnampak satu pun kebaikan rokok selain daripada 1000 keburukannya kpd sistem tubuh manusia. bukan mereka saja malah manusia sekeliling juga terpaksa menanggung risikonya. sejujurnya ini adalah entry pertama kali yang ditaip bersama emosi yang sgt buruk.
kepada mereka2 yang berkenaan sila fahami apa yang cuba disampaikan dalam puisi ini...dipetik daripada puisi asal seorang wanita bergelar ibu dan guru
Yang suka berkata harus
Yang benci berkata haram
Yang terpaksa berkata makruh
Yang miskin meminta
Yang sederhana berpada
Yang kaya tak kira masa
Yang bermula sebatang sudah terbatuk
Yang lama sebatang tiada makna
Yang tegar tak makan pun tak apa
Yang berkarya itu sumber inspirasi
Yang berduka itu penenang jiwa
Yang berniaga itu sumber utama
Yang hairan budak pun nak mencuba
Yang pelik tak ada duit sanggup berhutang
Yang ajaib orang tak nak dihulur sebatang
Yang kecil tak tau apa-apa
Yang dewasa fikirlah hari muka
Yang tua tunjukkanlah teladan berguna
Yang ditakuti cukai naik lagi
Yang diimpi manusia berkata sia-sia
Yang diharap manusia kembali kepada agama
info :Perokok di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Dengan anggaran minimum sebatang rokok berharga 26 sen, perokok membelanjakan kira-kira RM8.6 juta sehari untuk membeli rokok! Suatu pembaziran yang boleh dielakkan.
p/s : sayangi diri sendiri sebelum menyanyangi yang lain.


thank God hubby dzen sm0ke..
ReplyDeletetak bule byg..isk
huhu nk hubby y x merokok juga....:'(
ReplyDelete